Visa Novak Djokovic terbatal kali kedua - Utusan Malaysia

Visa Novak Djokovic terbatal kali kedua

NOVAK Djokovic
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AUSTRALIA : Bintang tenis dunia, Novak Djokovic berdepan pengusiran sekali lagi oleh kerajaan Australia yang membatalkan visanya buat kali kedua. 

Menteri Imigresen, Alex Hawke menegaskan, kementeriannya telah menggunakan kaedah budi bicara sebelum membatalkan visa pemain berusia 34 tahun itu, tiga hari sebelum Terbuka Australia bermula.

Pemain nombor satu dunia itu merupakan juara bertahan kejohanan tersebut dan turun dengan misi memburu rekod ke-21 bagi perseorangan lelaki. 

Meskipun dengan ketidakpastian statusnya, penganjur tetap meletakkan nama Djokovic sebagai pemain pilihan dalam kejohanan tersebut.

Dia dijadualkan bertemu rakan senegaranya, Miomir Kecmanovic yang menduduki ranking ke-78 dunia pada perlawanan pembukaan.

Peguam Djokovic dijangka memohon pembatalan visa itu ke Persekutuan dan Mahkamah Keluarga, seperti yang pernah dilakukan pada pembatalan kali pertama yang lalu.

Menurut surat khabar Austalia, The Age, Djokovic masih ditahan di bahagian imigresen, sementara peguamnya bersemuka dengan pegawai kerajaan bagi membincangkan masalah itu.

Hawke dalam satu kenyataan menjelaskan, kerajaan Australia komited melindungi sempadan negaranya, memandangkan pandemik Covid-19 masih belum berakhir.

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison turut mempertahankan kenyataan itu dengan menegaskan negaranya telah melalui banyak pengorbanan dalam memerangi Covid-19 dan ini merupakan hak bagi rakyatnya mendapatkan kesihatan serta keselataman yang baik. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya