Uyaina Arshad abadikan kisah arwah bapa dalam Hingga Akhir Waktu - Utusan Malaysia

Uyaina Arshad abadikan kisah arwah bapa dalam Hingga Akhir Waktu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tragedi malang menimpa pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Leftenan Komander Arshad yang terkorban ketika menjalani latihan menyelam di Auckland, New Zealand 25 tahun lalu diabadikan dalam muzik video lagu Hingga Akhir Waktu nyanyian penyanyi meningkat naik, Raja Syahiran.

Jalan cerita muzik video tersebut dikongsikan anak Allahyarham Arshad yang juga pelakon dan pengacara popular serta isteri kepada Raja Syahiran, Uyaina Arshad.

Uyaina yang turut berlakon di dalam muzik video tersebut berkata, kisah ibu bapanya dipilih kerana ia adalah cerita sebenar.

Katanya, tragedi hitam itu berlaku ketika dia berumur lima tahun.

“Arwah Baba Uyaina, Leftenan Komander Arshad adalah seorang anggota TLDM. Meninggal dunia ketika usia Uyaina 5 tahun di New Zealand.

“Hampir 25 tahun berlalu, Ummi, Siti Noor Farah tak berkahwin lain dan membesarkan empat orang anak seorang diri.

“Bagi Ummi, erti Hingga Akhir Waktu adalah cinta bersama arwah suaminya dan kebahagiaan yang dikongsi bersama anak-anak serta cucunya,” katanya.

Uyaina dalam muzik video tersebut memegang watak sebagai ibunya sewaktu muda.

Manakala abang kandungnya yang kedua, Kapten Azameer Uzreem pula memegang watak sebagai arwah bapanya sewaktu muda.

Muzik video istimewa itu telah mula dipertontonkan kepada umum sejak semalam di saluran Youtube Uyaina Arshad.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.