UMNO tak puas hati, cakap di meja rundingan - Utusan Malaysia

UMNO tak puas hati, cakap di meja rundingan

PENYATUAN parti dalam Muafakat Nasional mampu memperoleh kemenangan pada pilihan raya umum akan datang. – UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Semua isu termasuk ketidakpuasan hati UMNO terhadap Pas perlu dirunding secara bersemuka agar tidak menimbulkan keretakan mahupun perpecahan dalam kalangan pemimpin dan akar umbi parti.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, ini kerana kenyataan yang dibuat secara terbuka itu sudah pasti menimbulkan kemarahan serta kekeliruan khususnya di peringkat akar umbi parti.

Berikutan itu katanya, perkara tersebut seharusnya dielakkan dan kembali kepada meja rundingan bagi mencapai titik kesepakatan.

“Kita berkewajipan menyatukan antara ahli-antara parti Melayu Islam yang lama bertembung lebih 40 tahun lamanya seperti Pas dan UMNO.

“Justeru, Majlis Syura Ulama Pas menasihatkan agar segala isu rundingan dibincang secara bersemuka dan bermesyuarat tanpa menjadikan media terbuka sebagai pengantara kerana ia boleh mengelirukan ahli parti masing-masing dan menimbulkan salah faham yang tidak menguntungkan semua,” katanya menerusi WhatsApp semalam.

Kelmarin, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed dalam laporan Utusan Malaysia menyifatkan walak Pas kepada pemimpin membawa bala kepada UMNO.

Ini kerana jelasnya, Pas suatu ketika dahulu dikatakan sanggup bersama UMNO kerana menolak Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) yang berada dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Tetapi, apabila sudah masuk ke dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang ada Bersatu dan memperoleh gaji serta pelbagai keistimewaan lain, Nur Jazlan berkata, sifat perangai sebenar Pas sudah boleh dilihat.

Tanpa mengulas kenyataan itu secara terperinci, jelas Khairuddin, banyak pihak mengharapkan kepada kesatuan UMNO dan Pas demi perpaduan Melayu dan Islam, sekali gus ia perlu dipelihara demi kedaulatan negara pada Pilihan Raya umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

“Kasihanilah ahli-ahli parti di bawah yang mahu bersatu dan berpadu sehingga adik-beradik, sepupu-sepapat boleh duduk sekali semeja merundingkan pembangunan yang terbaik untuk Melayu dan Islam dalam negara,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya