Perhimpunan Agung UMNO 2021 Mac ini - Utusan Malaysia

Perhimpunan Agung UMNO 2021 Mac ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO 2021 akan dibuat pada 16 Mac sehingga 19 Mac ini.

Perkara itu dijelaskan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam ini.

ZAHIDI Zainul Abidin ketika ditemui media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. – UTUSAN/AFIQ RAZALI

“Kita bersatu, Presiden dan Perdana Menteri, kita semua bersatu dan membantu rakyat mangsa banjir. Perhimpunan Agung UMNO? 16 Mac,” katanya ringkas.

Datuk Seri Bung Mokhtar Radin dalam masa yang sama sempat menjelaskan bahawa mesyuarat itu tadi ada membincangkan mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Bukan soal PRN, cuma penjelasan sedikit sahaja, cuma kita minta Johor buat kerja sahaja lah,” katanya ringkas.

BUNG Mokhtar Radin selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO. – UTUSAN/AFIQ RAZALI

Dalam pada itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam satu kenyataan berkata, sokongan terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri sentiasa kekal, malah perlu terus dimantapkan.

Selain itu, kesiapsagaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 perlu dibuat bagi menghadapi pengundi 18 tahun dan pengundi baharu sekitar 5.8 juta orang.

Turut menjadi fokus UMNO dalam mesyuarat pada malam ini adalah sidang Dewan Rakyat pada 20 Januari ini yang diharapkan dapat mengumpul cadangan bernas agar negara terhindar daripada banjir-banjir besar pada masa akan datang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya