Tun M stabil - Marina

Dr. Mahathir stabil dirawat di IJN- Marina

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kini dilaporkan stabil.

Perkara itu dimaklumkan anaknya, Datuk Marina Mahathir dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, sejak dua hari yang lepas, Dr. Mahathir dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) lanjutan prosedur elektif yang berjaya dilaksanakan pada 8 Januari lepas.

“Keadaan beliau kini stabil dan memberi respons yang baik kepada rawatan tersebut.

“Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali dan keluarga memohon agar rakyat mendoakan supaya beliau segera sembuh sepenuhnya,” katanya.

Bekas Perdana Menteri itu sebelum ini dimaklumkan dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU), pusat perubatan itu.

Pengamal media masih lagi menanti perkembangan terkini di pekarangan IJN sejak pukul 1 petang tadi.

Difahamkan, satu kenyataan media dijangka dikeluarkan IJN dalam masa terdekat.

Dr. Mahathir sebelum ini dimasukkan ke IJN pada 7 Januari lalu dan dibenarkan keluar pada 13 Januari lepas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya