Tujuh kluster Covid-19, 190 kluster aktif - Dr. Noor Hisham

Tujuh kluster Covid-19, 190 kluster aktif

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tujuh kluster baharu dicatatkan yang menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,150 kluster. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 190 kluster aktif direkodkan yang menunjukkan penurunan berbanding semalam, 195 kluster. 

“Jumlah kluster tamat pula sebanyak 5,960 kluster berbanding semalam, 5,948 kluster. Bagi kes positif, ia menunjukkan penurunan iaitu 3,543 kes berbanding semalam, 3,720 kes sekali gus mengatasi pesakit yang sembuh pula, 3,484 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Noor Hisham berkata, Malaysia merekodkan sebanyak 1.5 peratus bersamaan 53 kes daripada 3,543 kes harian positif Covid-19 melibatkan kategori tiga, empat dan lima, hari ini.

Katanya, bakinya, 3,490 kes bersamaan 98.5 peratus adalah terdiri daripada kategori satu dan dua. 

“Pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) mencatatkan penurunan apabila merekodkan 253 kes berbanding semalam, 257 kes. Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan pula merekodkan penurunan sedikit iaitu 130 kes berbanding semalam, 137 kes,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan berlakunya penurunan apabila mencatatkan sebanyak 18 kes, berbanding semalam, 31 kes. 

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 31,609 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak tiga daripada 18 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,378 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.