Tiga ahli sindiket dadah ditahan - Utusan Malaysia

Tiga ahli sindiket dadah ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan tiga ahli sindiket dadah yang menjadikan kondominium di Puchong di sini, sebagai stor menyimpan bahan terlarang itu yang dianggarkan  bernilai RM1.5 juta, Selasa lalu.

Kesemua lelaki berusia tiga lelaki berusia 26 hingga 45 tahun dalam serbuan Op Hurricane pada pukul 8.40 malam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, Superintenden Mohd. Shokri Abdullah berkata, tangkapan pertama dijalankan di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Jalan Klang Lama, dekat sini. 

Menurut beliau, penahanan itu membawa kepada dua lagi serbuan selain menemukan pelbagai dadah antaranya ketamin, heroin, pil ekstasi selain wang tunai RM2,280.

“Siasatan mendapati sindiket ini sudah beroperasi sejak sebulan lalu dan menjadikan unit kondominium sebagai tempat simpanan bahan terlarang itu.

“Bagi memastikan aktiviti mereka selamat, sindiket memilih kondominium mempunyai kawalan keselamatan yang ketat dengan kadar sewaan RM1,700 sebulan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Menurut Mohd. Shokri, dadah tersebut dipercayai untuk pasaran tempatan yang terdiri daripada pelanggan di sekitar Lembah Klang

Jelas beliau, semua suspek ditahan reman selama enam hari sehingga 17 Januari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

“Jumlah keseluruhan dadah dirampas mampu menampung seramai 57,056 pengguna,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya