Tarian singa dibenarkan di Sarawak - Utusan Malaysia

Tarian singa dibenarkan di Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Tarian singa sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan Chap Goh Mei tahun ini di negeri ini adalah dibenarkan berpandu kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) dalam mesyuaratnya hari ini meluluskan penambahbaikan ke atas SOP Sambutan Tahun Baharu Cina 2022.

“JPBN juga telah memutuskan bahawa aktiviti tarian singa adalah dibenarkan berpandukan syarat-syarat yang digariskan di dalam SOP tersebut,” katanya dalam kenyataan laporan harian Covid-19 di sini hari ini.

Menurut SOP terbaharu yang dikeluarkan, aktiviti tarian singa dibenarkan semasa  Tahun Baharu Cina mulai 1 hingga 4 Februari, dari pukul 6 pagi sehingga 6 petang, sementara aktiviti Chap Goh Mei dibenarkan pada 15 Februari, dari pukul 6 pagi sehingga 10 malam.

Sementara itu, Bazar Tahun Baharu Cina wajib mematuhi SOP berkaitan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri yang dikemas kini pada 6 Januari lalu.

SOP tersebut boleh didapati di laman sesawang https://sarawakdisastermc.com/.

Jamuan makan besar bersama keluarga (Chinese New Year Eve Dinner) bagaimanapun hanya untuk ahli keluarga terdekat dan jumlah ahli keluarga yang hadir di rumah adalah 50 peratus kapasiti tertakluk kepada saiz rumah dengan penjarakan fizikal satu meter.

Dalam pada itu, ahli keluarga adalah dibenarkan mengadakan jamuan makan bersama keluarga terdekat di hotel dan restoran tertakluk kepada SOP Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri bertarikh 6 Januari lalu.

Sambutan Tahun Baharu Cina dibenarkan pada hari pertama dan kedua untuk ahli keluarga selain aktiviti ziarah antara ahli keluarga terdekat.

Sambutan Chap Goh Mei dibenarkan bersama ahli keluarga terdekat dan jumlah ahli keluarga yang hadir di rumah adalah 50 peratus kapasiti tertakluk kepada saiz rumah dengan penjarakan fizikal satu meter.

Rumah terbuka anjuran individu, persatuan atau pertubuhan bagaimanapun tidak dibenarkan.

Upacara sembahyang di rumah ibadat wajib mematuhi SOP pembukaan rumah ibadat dari Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) yang diluluskan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak.

Sementara itu, JPBN hari ini melaporkan kes Covid-19 di negeri ini menurun kepada satu angka, iaitu tujuh kes dan semua kes adalah dalam kategori 1 (tiada bergejala).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya