#TangkapAzamBaki: Himpunan berarak menuju ke Brickfields

#TangkapAzamBaki: Himpunan berarak menuju ke Brickfields

PARA peserta mula bergerak menuju ke Brickfields sambil melaungkan slogan 'Tangkap Azam Baki'.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Himpunan mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Azam Baki ditangkap serta-merta berarak menuju ke Brickfields.

Perkara itu dimaklumkan antara jurucakapnya, Tarmizi Anuar di sini hari ini.

Beliau berkata, perancangan asalnya adalah untuk berarak sehingga ke Dataran Merdeka, tetapi tidak dibenarkan pihak berkuasa dan pihaknya akur.

“Kita hormat polis sebab polis buat kerja mereka dan kita pun nak berdemonstrasi secara aman,” katanya di sini.

Para peserta berarak sambil melaungkan slogan ‘Tangkap Azam Baki’ dengan mereka berbaju hitam.

Para peserta turut sama membawa kain rentang yang turut sama tertera slogan Tangkap Azam Baki dan imej Ketua Pesuruhjaya SPRM itu.

Demontrasi jalan raya itu bagaimanapun masih lagi terkawal tanpa sebarang ptovokasi, setakat pukul 12 tengah hari tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN