Tahanan mati: Empat termasuk dua polis ditahan - Utusan Malaysia

Tahanan mati: Empat termasuk dua polis ditahan

KERATAN laporan Utusan Online
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Empat individu termasuk dua anggota polis ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian Orang Kena Tuduh (OKT) di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, Perak.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan  Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada dua OKT dan dua anggota polis.

“Kesemua mereka mendapat perintah untuk direman oleh Majistret Mahkamah Taiping.

“Kesemua mereka direman tujuh hari sehingga 20 Januari ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Media semalam melaporkan siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS berhubung kematian OKT berusia 63 tahun.

Mangsa adalah tahanan tumpang dari Penjara Taiping yang dituduh pada 18 April tahun lalu.

OKT berkenaan dituduh di bawah Seksyen 379A dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“OKT berkenaan  ditempatkan di lokap IPD berkenaan selepas sebutan kes pertama pada 11 Januari lalu sementara menanti sebutan seterusnya dijangka esok.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.