Syarikat pengeluar minuman didenda RM76,000 - Utusan Malaysia

Syarikat pengeluar minuman didenda RM76,000

PEMERIKSAAN dilakukan JAS Selangor mendapati syarikat pengeluar minuman yang beroperasi di Shah Alam, Selangor ini melepaskan efluen industri yang mempunyai parameter melebihi had lesen yang dibenarkan pada 31 Disember 2020.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebuah syarikat pengeluar minuman didenda RM76,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah melepaskan efluen perindustrian melebihi had yang dibenarkan ke dalam longkang awam, Disember 2020.

Hakim Rasyihah Ghazali memutuskan keputusan itu selepas pengarah syarikat mengaku bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, Nor Aziah Jaafar berkata, berdasarkan fakta kes, syarikat yang beroperasi di daerah itu didapati telah melepaskan efluen industri yang mempunyai parameter melebihi had lesen yang dibenarkan pada 31 Disember 2020.

Katanya, efluen industri yang dilepaskan mempunyai kepekatan parameter Keperluan Oksigen Kimia (BOD) sebanyak 720 miligram liter (mg/L), Keperluan Oksigen Kimia (COD) sebanyak 5,830mg/L dan pepejal terampai sebanyak 4,060 mg/L.

“Syarikat itu juga dituduh telah mengoperasikan sistem rawatan efluen perindustrian di premisnya itu tanpa orang yang berwibawa (competent person),” katanya menerusi satu kenyataan hari ini. 

Mengulas lanjut, Nor Aziah berkata, syarikat terbabit dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 16(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan 10(3) Peraturan Kualiti Alam Sekeliling 2009 Akta yang sama.

“JAS Selangor sentiasa mengambil tindakan tegas dan tiada kompromi kepada penjenayah alam sekitar. Saya juga ingin berterima kasih kepada orang awam yang membantu memberi maklumat tentang aktiviti-aktiviti yang mencemarkan alam sekitar,” jelasnya.

Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau emel ke [email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN