SPRM kaji skor rasuah Malaysia jatuh, beri cadangan dalam masa terdekat - Utusan Malaysia

SPRM kaji skor rasuah Malaysia jatuh, beri cadangan dalam masa terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengkaji hasil penemuan Transparency International Malaysia (TI-M) berkaitan skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2021.

SPRM dalam kenyataan berkata, untuk itu pihaknya memberi perhatian serius berhubung skor berkenaan yang menunjukkan Malaysia turun dari 51 ke 48 iaitu penurunan berturut-turut sejak 2019 dan akan memberi cadangan dalam masa terdekat.

“SPRM menyeru semua pihak agar meneruskan jalinan kerjasama dan sehaluan di samping mempunyai iltizam politik untuk menambah baik usaha pencegahan rasuah di negara ini.

“Ini kerana Suruhanjaya ini tertakluk kepada bidang kuasanya sebagai agensi penguat kuasa,” katanya hari ini.

CPI 2021 menunjukkan skor Malaysia adalah pada 48, berbanding 51 pada tahun sebelumnya dan 53 pada 2019.

Kemerosotan skor itu digambarkan dalam kedudukan ranking Malaysia yang turun ke tangga ke-62 daripada 180 negara di seluruh dunia berbanding tempat ke-57 pada 2020.

Skala skor 0 adalah negara paling korup, manakala 100 pula adalah yang paling bersih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN