Semua mangsa banjir dapat bantuan - Pegawai Daerah Klang - Utusan Malaysia

Semua mangsa banjir dapat bantuan – Pegawai Daerah Klang

ROSLEN Abd. Razak mengemas rumahnya di Taman Sri Muda, Shah Alam yang dinaiki air baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Mangsa-mangsa banjir di Taman Seri Muda diminta bersabar kerana pihak Pejabat Tanah dan Daerah Klang dalam proses penyerahan Bantuan Wang Ihsan (BWI) dari Kerajaan Persekutuan dan Selangor Bangkit daripada kerajaan negeri yang bernilai RM2,000.

Menurut Pegawai Daerah Klang, Mohd.Faizal Abdul Raji, mengikut data mangsa banjir yang layak adalah seramai 10,000 orang di kawasan Seri Muda dan pihaknya baru menyerahkan sumbangan kepada 2,304 penerima.

“Baki mangsa banjir yang belum menerima bantuan kewangan tersebut adalah kira-kira 7,696 orang.

“Saya berharap mangsa-mangsa banjir yang masih belum menerima bantuan wang tersebut bersabar dahulu kerana semua akan dapat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini terdapat laporan sebahagian besar mangsa banjir di sekitar Taman Sri Muda mendakwa mereka masih belum mendapat bantuan seperti dijanjikan sudah menyediakan dokumen dan mengisi borang diperlukan.

Penduduk mendakwa mereka masih belum menerima sebarang maklumat berhubung status bantuan yang sepatutnya diterima bagi meringankan beban mereka sejak bencana itu berlaku pada 18 Disember lalu.

Mohd.Faizal berkata, pihaknya sudah menyalurkan bantuan tersebut sejak minggu lalu di Dewan Azalea Seksyen 25.

“Masih ramai lagi yang belum dapat dan kita memahami keadaan penduduk yang masih belum menerima bantuan tersebut.

“Giliran pihak yang belum menerima bantuan tersebut akan tiba juga,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN