fbpx

27 Januari 2022, 9:33 pm

  TERKINI

Seleweng minyak masak subsidi punca bekalan kurang

ROSOL Wahid (tiga dari kiri) menggoreng ikan semasa Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) Parlimen Hulu Terengganu di Ajil, Hulu Terengganu hari ini. - UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Bekalan minyak masak bersubsidi yang sering terganggu di pasaran dikesan berpunca akibat aktiviti penyelewengan yang dilakukan segelintir pihak.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, pihaknya memandang serius perkara berkenaan dan siasatan lanjut kini dijalankan bagi tindakan undang-undang. 

Katanya, antara aduan berhubung gangguan minyak masak bersubsidi yang diterima adalah di Perak dan Negeri Sembilan.

“Pegawai penguat kuasa sudah turun padang memantau perkara ini dan beberapa faktor dikesan termasuk penyelewengan dalam kalangan pemborong yang bertindak menjual secara terus kepada pengusaha restoran. 

“Di samping itu, kita dapati ada kegiatan penyelewengan minyak bersubsidi yang dipindahkan ke dalam botol oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab selain permintaan tinggi bagi tujuan biodiesel,” katanya kepada pemberita selepas Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) Parlimen Hulu Terengganu di pekarangan Pusat Dagangan Ajil (ATC), di sini hari ini. 

Dalam perkembangan lain, Rosol berkata, PJKM yang dilaksanakan di seluruh parlimen sejak Disember tahun lalu kini merekodkan jualan sebanyak RM7.8 juta. – UTUSAN ONLINE 

POPULAR

KOSMO! TERKINI