Selepas 35 tahun, Danny Law tinggalkan DAP - Utusan Malaysia

Selepas 35 tahun, Danny Law tinggalkan DAP

DANNY LAW HENG KIANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, Datuk Danny Law Heng Kiang, 60, kini mencari hala tuju baharu selepas memutuskan meninggalkan parti itu hari ini.

Danny yang merupakan bekas ADUN Batu Lanchang berkata, sudah cukup tempoh masa selama 35 tahun beliau di dalam DAP.

Katanya, beliau juga akan memaklumkan mengenai langkah yang akan diambil selepas meninggalkan DAP minggu hadapan.

“Cukup masa 35 tahun dalam DAP dan saya kini mencari hala tuju baharu. Tidak lama lagi kamu akan tahu (hala tuju) pada minggu depan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Danny Law merupakan ADUN Batu Lanchang dari 1999 hingga 2004 dan dipilih semula pada 2008 serta mengekalkan jawatan itu sehingga 2018.

Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan negeri dari 2008 hingga 2018, namun tidak bertanding pada pilihan raya umum 2018.

Sebelum ini, terdapat desas-desus Danny Law akan menyertai Parti Warisan (Warisan) namun tiada sebarang reaksi diberikan Danny Law berhubung perkara itu.

Dalam pada itu, Setiausaha Jawatankuasa Negeri DAP Pulau Pinang, Lim Hui Ying mengesahkan parti tersebut menerima surat keluar parti daripada Danny Law hari ini.

Jelasnya, DAP Pulau Pinang menghormati keputusan Danny Law itu dan mengucapkan terima kasih atas perkhidmatan beliau selama berada di dalam parti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN