RM2 juta atasi masalah air seluruh negara - Utusan Malaysia

RM2 juta atasi masalah air seluruh negara

TUAN IBRAHIM Tuan Man (empat dari kiri) menyerahkan projek Wakaf Air kepada wakil penduduk di Felda Sungai Retang di Jerantut, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Sebanyak RM2 juta akan diperuntukkan dari dana Tabung Wakaf Air bagi menyelesaikan masalah air seluruh negara pada tahun ini.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, setakat ini, RM1 juta dibelanjakan bagi menyediakan 32 wakaf air seluruh negara.

“Tahun ini melalui mesyuarat jawatankuasa kami telah memutuskan membelanjakan sekitar RM2 juta dari jumlah dana terkumpul iaitu lebih kurang RM3 juta hasil sumbangan orang ramai.

“Daripada itu, sebanyak 20 telaga tiub telah mula beroperasi dan 12 lagi sudah diserahkan kepada jawatankuasa dan wakil penduduk,” katanya ketika lawatan tapak projek Wakaf Air di Felda Sungai Retang di sini hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, inisiatif Tabung Wakaf Air akan terus memberi manfaat kepada ramai penerima di mana di Jerantut sahaja, sebanyak lima projek Wakaf Air telah disiapkan iaitu di Kampung Batu Balak, Kampung Tanah Pindah, Kampung Belukar dan di Jalan Tamalian dan Jalan Jengkuar, Felda Sungai Retang.

“Projek yang menelan kos RM248,175 itu akan memberikan manfaat kepada 139 keluarga dari kawasan terlibat melibatkan seramai 615 penduduk.

“Melalui usaha ini, kawasan-kawasan pedalaman yang diluar capaian rangkaian paip air terawat dan kawasan yang kerap menghadapi masalah bekalan dapat dibekalkan melalui sumber air alternatif,” katanya.

Tabung Wakaf Air yang dilancarkan pada 17 Disember 2020 merupakan inisiatif Kementerian Alam Sekitar dan Air melalui kerjasama Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) bertujuan menyediakan sumber pembiayaan alternatif projek-projek perkhidmatan air secara mudah, cepat dan mampan melalui instrumen wakaf.

Sumbangan wakaf ini boleh disalurkan menerusi sistem Wakaf Tunai yang boleh dicapai melalui pautan https://www.ywm.gov.my/wakaf-air.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya