Ramalan banjir: 11 kawasan di 4 negeri tahap bahaya - Utusan Malaysia

Ramalan banjir: 11 kawasan di 4 negeri tahap bahaya

SEORANG penduduk mendayung sampan di hadapan rumahnya yang dilanda banjir di Kampung Chodan, Segamat. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan amaran dan ramalan banjir di empat negeri berada di paras bahaya.

Empat negeri itu adalah Pahang membabitkan Pekan dan Bera, sementara di Johor pula, ia membabitkan kawasan Pontian, Tangkak, Segamat dan Muar.

Dua negeri lagi adalah Selangor iaitu di Sabak Bernam dan Melaka dengan membabitkan kawasan Melaka Tengah.

Ramalan tersebut adalah info terkini setakat pukul 3 petang tadi dengan menunjukkan beberapa kawasan lain sekitarnya berada dalam tahap amaran dan waspada.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari publicinfobanjir.water.gov.my.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN