Raja bomoh muncul semula, buat ritual tolak banjir

Raja bomoh muncul semula, buat ritual tolak banjir

TANGKAP layar ritual tolak banjir di Teluk Intan yang tular dalam media sosial hari ini. - FOTO MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Raja Bomoh atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin kembali membuat ritual kali ini  melakukan upacara tolak banjir dalam satu rakaman video yang tular dalam media sosial hari ini.

Rakaman video itu tular dalam aplikasi WhatsApp menunjukkan Ibrahim bersama seorang wanita melakukan ritual menolak banjir di Teluk Intan.

Lokasi upacara itu dikatakan dilakukan di Teluk Intan semalam.

Dalam rakaman video berdurasi 1 minit 4 saat itu, Ibrahim melakukan ritual dengan menepung tawar menggunakan bahan-bahan seperti beras kunyit, daun-daun kayu dan bunga-bungaan.

Dalam rakaman itu, Ibrahim berkata, dia melakukan upacara itu kerana dia merupakan anak Teluk Intan, Pasir Salak dan membesar di Teluk Intan.

“Jadi hari ini kita buat ini (ritual tolak banjir) semua rakyat Malaysia, semua tempat ini kita buat satu, kita minta Malaysia semua turun air, bukan kata Teluk Intan saja, tapi seluruh Malaysia, seluruh kepulauan Melayu,” katanya dalam rakaman video tersebut.

Sementara itu, wanita yang turut bersama Ibrahim dalam rakaman video itu berkata, mereka memohon kepada Allah agar tidak diturunkan sebarang musibah di Teluk Intan.

“Telekan saya menunjukkan Teluk Intan ini akan tenggelam, jadi saya dan sepupu saya berikhtiar berdoa kepada Allah kita buat pelepasan hari ini, supaya air pasang yang akan datang  ke teluk ini datang dalam keadaan untuk surut dan terus beredar keluar,” kata wanita itu.

Sebelum ini, Ibrahim menjadi perhatian apabila menggunakan buah kelapa dan buluh yang dijadikan ‘teropong’ susulan kehilangan pesawat MH730 pada 2014.

Pada 2017 pula, ketika hangat isu pembunuhan abang pemimpin Korea Utara iaitu Kim Jong Nam, dia menggunakan buah kelapa, buluh dan lima meriam buluh yang didakwanya untuk melindungi negara daripada serangan nuklear oleh Korea Utara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN