Pulau Pinang masih belum dapat laksanakan solat rapat saf susulan varian Omicron - Utusan Malaysia

Pulau Pinang masih belum dapat laksanakan solat rapat saf susulan varian Omicron

PULAU PINANG masih belum dapat melaksanakan solat berjemaah dengan merapatkan saf seperti mana yang dilakukan di Perlis dan Johor ketika ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Pulau Pinang masih belum dapat melaksanakan solat berjemaah dengan merapatkan saf seperti mana yang dilakukan di Perlis dan Johor ketika ini. 

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, ini kerana ancaman jangkitan Covid-19 varian Omicron masih wujud di Pulau Pinang. 

“Setakat ini, aktiviti pengimarahan masjid dan surau di Pulau Pinang masih mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN). 

“Sebelum ini, kita ada melakukan perbincangan dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan untuk melaksanakan solat rapat saf, namun belum dapat diputuskan kerana ancaman Omicron masih ada,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar serta Kesihatan negeri, Dr. Norlela Ariffin memaklumkan, kes pertama varian Omicron di negeri ini dikesan pada 16 Disember tahun lalu manakala kes kedua dikesan sehari kemudian.  

Menurut Ahmad Zakiyuddin, aktiviti pengimarahan masjid dibenarkan dan tertakluk kepada SOP yang telah dikeluarkan sebelum ini. 

“Semua aktiviti pengimarahan di semua masjid dan surau mengikut keluasan ruang solat dan ruang yang bersesuaian,” katanya. 

Pada 26 November lalu, Pulau Pinang telah membenarkan semua aktiviti pengimarahan di masjid dan surau  diadakan secara bersemuka. 

Antara aktiviti pengimarahan yang dibenarkan merangkumi majlis rasmi dan aktiviti sosial seperti aktiviti ceramah agama, kelas pengajian, mesyuarat jawatankuasa, majlis akad nikah, jamuan makan dan program gotong. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya