'Port' Mata Kucing diserbu, 17 penagih dadah ditangkap - Utusan Malaysia

‘Port’ Mata Kucing diserbu, 17 penagih dadah ditangkap

SEBAHAGIAN daripada 17 orang lelaki yang ditangkap dalam Op Sarang yang dijalankan di Palong 4,5 dan 6 Gemas, Jempol, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Satu lokasi yang menjadi tumpuan penagih dadah di dalam ladang kelapa sawit dan dikenali sebagai ‘Port Mata Kucing’ diserbu sepasukan anggota polis dalam Op Sarang yang dijalankan di Palong 4, 5 dan 6 di Gemas dekat sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, operasi sempena Program Jihad Dadah Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol itu telah berjaya menangkap seramai 17 orang lelaki berusia 31 hingga 57 tahun.

Jelas beliau, daripada jumlah tangkapan tersebut, empat orang merupakan individu yang dikehendaki polis.

Menurutnya, 16 tangkapan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan seorang lelaki ditangkap di bawah Seksyen 39(B) ADB 1952 kerana memiliki dadah jenis syabu serta heroin dianggarkan bernilai kira-kira RM4,055.

“Lelaki berusia 40 tahun yang bekerja sebagai buruh dan beralamat di Kuantan, Pahang berkenaan ditangkap kira-kira pukul 8.30 pagi kerana memiliki sembilan peket plastik lutsinar pelbagai saiz berisi bahan disayaki dadah berbahaya jenis heroin dengan berat dianggarkan 105 gram bernilai RM 3,675.

“Turut ditemukan dua peket plastik lutsinar berisi ketulan jernih bahan disyaki dadah berbahaya jenis syabu dengan anggaran berat 3.8 gram bernilai RM380. Kedua-dua jenis dadah berkenaan dirampas dalam tangkapan berkenaan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Chang Hook berkata, suspek lelaki berkenaan terbabit dalam dadah sejak 29 tahun lalu dan ujian urin mendapati suspek positif dadah jenis MOP dan mempunyai enam rekod jenayah lampau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya