Polis siasat perhimpunan desak KP SPRM ditahan - Utusan Malaysia

Polis siasat perhimpunan desak KP SPRM ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis sedang mengumpul maklumat berhubung poster perhimpunan yang tular dalam media sosial bagi mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ditahan dan agensi itu dirombak.

Poster berkenaan juga mendakwa akan mengadakan satu perhimpunan di ibu negara pada 22 Januari nanti.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya ketika ini sedang mengumpul maklumat bagi mendapatkan pengesahan berhubung dakwaan berkenaan.

“Siasatan sedang dijalankan, saya baru terima maklumat mengenai perkara itu. Saya belum dapat memberi pengesahan pihak yang tularkan poster itu dan sama ada perhimpunan itu akan diadakan atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, aktivis sosial, Adam Adli Abd Halim antara yang memuatnaik poster itu di Twitter dengan hashtag (tanda pagar) #TangkapAzamBaki.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN