PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyertai sesi libat urut bersama Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang berlangsung di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya hari ini.
Menurut Ismail Sabri, pertemuan itu membincangkan mengenai perkembangan semasa khususnya membabitkan pembangunan bumiputera.
“Kerajaan sentiasa mendengar dan menggalakkan penglibatan pertubuhan masyarakat sivil (CSO) untuk bersama-sama membangunkan negara demi kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.
Perdana Menteri berkata, sesi libat urus bersama MPM itu diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemandu MPM, Tun Hanif Omar dan Setiausaha Agung MPM, Datuk Dr. Hasan Mad.