fbpx

Perak Bison ketepikan Bomba Fighters

LIGA Sepak Takraw (STL) terus mendapat tempat di hati peminat sukan tanah air negara.- UTUSAN/ FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perak Bison akhirnya beroleh kemenangan yang mereka dambakan setelah ditimpa lima kekalahan apabila skuad Seladang itu menumpaskan Bomba Fighters 2-0 dalam aksi Liga Premier pada kejohanan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/22 di Stadium Titiwangsa dekat sini, sebentar tadi.

Skuad bimbingan Suhairi Abd Aziz itu mencipta kemenangan dalam set pertama 21-17, sebelum mereka menutup aksi malam ini dengan 21-8 ke atas Bomba.

Bison yang mencatat kemenangan kedua daripada tujuh perlawanan, mempamerkan permainan lebih menyakinkan setelah ditimpa lima kekalahan sebelum ini.

Tekong Perak Bison, Meor Zulfikar Mat Amin ketika di temubual Astro Arena berkata, pasukannya ditimpa lima kekalahan sebelum ini, tetapi kesemua permainan mereka kecuali menentang ATM Guardians berkesudahan sehingga ke set penentuan.

“Saya sentiasa fikir positif, kami kalah pun pada tie break. Rezeki kami belum sampai sehingga, malam ini, barulah kemenangan itu dapat kami capai,” katanya.

Pasukan utara tanah air itu kini mengumpul empat mata dan menghuni tangga kelapan keseluruhan.
Minggu depan anak-anak buah Suhairi akan bertemu Selangor Pistons dan Penang Black Panthers untuk melengkapkan pusingan pertama STL, musim ini. – UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI