Penternak di Pahang rugi lebih RM1.4 juta haiwan ternakan mati

Penternak di Pahang rugi lebih RM1.4 juta haiwan ternakan mati akibat banjir

KAMALIAH Ghazali (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan makanan haiwan ternakan kepada penternak yang terjejas banjir di Kuantan, Pahang. - FOTO/DIANA SURYA ABD. WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kira-kira 100 penternak di Pahang berdepan kerugian dianggarkan melebihi RM1.4 juta berikutan kematian haiwan ternakan dalam bencana banjir sejak 19 Disember lalu.

Pengarah Jabatan Veterinar negeri, Dr. Kamaliah Ghazali berkata, kerugian itu membabitkan kematian 17,403 daripada 40,473 ekor haiwan ternakan dan peliharaan yang direkodkan setakat ini.

Menurutnya, seramai 281 individu telah hadir ke Jabatan Veterinar melaporkan kematian haiwan ternakan mereka.

“Jumlah kematian haiwan ternakan membabitkan lembu 307 ekor; kerbau empat ekor, kambing (132 ekor), bebiri (64 ekor), ayam pula sebanyak 14,849 ekor, itik (1,100 ekor), arnab (210 ekor), kucing (12 ekor),  lapan ekor anjing dilaporkan mati, dan ayam belanda (412 ekor) serta lain-lain sebagai 305 ekor. 

“Data perolehan itu belum lengkap sepenuhnya kerana masih ada segelintir penternak dan pemilik haiwan tidak melapor disebabkan kesukaran memasuki ke kawasan ladang… kita percaya jumlah kerugian dijangka meningkat. 

“Jadi kita masih bersedia menerima laporan dan antara kawasan yang banyak terkesan adalah di daerah Bentong, Pekan dan Kuantan,” katanya ketika ditemui pemberita pada program penyerahan sumbangan makanan kucing dan anjing kepada mangsa banjir di Surau Bukit Rangin 2 di sini hari ini. 

Seramai 27 penerima hadir menerima sumbangan makanan haiwan seperti kucing dan lembu. 

Mereka merupakan pemilik haiwan yang terjejas dengan banjir baru-baru ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya