Pecah cermin kereta, polis tahan dua lelaki - Utusan Malaysia

Pecah cermin kereta, polis tahan dua lelaki

TANGKAP layar video kejadian seorang lelaki memecahkan cermin sebuah kereta yang berlaku di Taiping. - UTUSAN/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan satu rakaman video yang tular dalam media sosial kejadian seorang lelaki memecahkan cermin sebuah kereta.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, video berdurasi 1 minit 40 saat itu berlaku di kawasan perumahan Crystal Greek Resindence di sini.

Menurutnya, berikutan itu satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 427 dan 323 Kanun Keseksaan.

“Polis menahan dua lelaki masing-masing berusia 29 dan 44 tahun bagi membantu siasatan kes tersebut.

“Punca kejadian masih dalam siasatan. Kedua-dua lelaki itu masih dalam soal siasat dan akan dilepaskan dengan jaminan polis setelah keterangan diambil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular dalam media sosial rakaman video seorang lelaki menggunakan sebatang besi memecahkan cermin sebuah kereta.

Kejadian dikatakan berlaku disebabkan lelaki itu berang selepas pemandu kereta melanggar anjing peliharaannya sehingga mati. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya