Paksa syarikat balak bayar ganti rugi akibat banjir - Anwar  - Utusan Malaysia

Paksa syarikat balak bayar ganti rugi akibat banjir – Anwar 

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan digesa mengenakan bayaran ganti rugi kerosakan banjir akibat pembalakan kepada syarikat yang menjalankan aktiviti tersebut.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan tersebut perlu dibuat bagi membantu mangsa yang terkesan akibat bencana tersebut.

Malah katanya, pelaksanaan cukai semata-mata kepada syarikat berkenaan dilihat tidak mencukupi untuk membantu mereka tidak terkesan.

“Kerajaan harus ada ketetapan paksa syarikat balak ganti rugi agar dapat membantu mangsa yang mengalami kerosakan akibat banjir.

“Kalau tidak kita nampak lemah mengatasi golongan atasan, golongan kaya,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya