RUU Anti Lompat Parti dibentang dalam sesi Parlimen akan datang - Utusan Malaysia

RUU Anti Lompat Parti dibentang dalam sesi Parlimen akan datang

WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti dimuktamad dan dibentangkan dalam sesi Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-14 yang bermula 28 Februari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr.  Wan Junaidi  Tuanku Jaafar berkata, pembentangan tersebut selaras saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mahu ia disegerakan.

Katanya, sebuah jawatan kuasa teknikal berunsur bi partisan ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Pemandu Transformasi dan Kestabilan Politik. 

“Keanggotaan jawatan kuasa teknikal ini terdiri daripada empat  wakil kerajaan dan empat  orang Pakatan Harapan (PH).

“Jawatan kuasa teknikal ini bertemu minggu depan untuk memperincikan perkara dasar dan kerangka perundangan yang dicadangkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Wan Juniadi, persetujuan yang dicapai ini juga adalah komitmen kedua-dua pihak bagi memastikan perkara-perkara  dipersetujui dalam Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan dan PH pada 13 September 2021 dilaksanakan sepertimana ditetapkan. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN