Warganet puji Zizi Kirana - Utusan Malaysia

Warganet puji Zizi Kirana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Respect, walaupun di pantai tetap pakai sarung kaki”.

Itu reaksi pengguna media sosial berhubung video yang dimuat naik pelakon, Yusuf Bahrin, 29, buat isteri tercinta, Zizi Kirana sempena hari ulang tahun kelahiran ke-37.

Menerusi video tersebut, Yusuf berkongsi beberapa keping gambar ketika bercuti di sebuah pulau tempatan.

Selain pujian kerana menjaga aurat, pengguna yang menggunakan akaun ct_wankembang turut mendoakan semoga penyanyi lagu popular Nakketaknak terus konsisten menuju ke arah kebaikan.

“Masya-Allah, Tabarakallah. Semoga berterusan dalam iman dan amal,” komen pengguna di Instagram.

Terdahulu Yusuf turut mencoret ucapan buat Zizi atau nama penuhnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil.

“Sanah Helwah (selamat hari lahir) buat wanita istimewa yang Allah SWT kurniakan untuk saya sebagai isteri saya. Moga Allah SWT panjangkan umur sayang, sentiasa di dalam rahmat dan reda Allah.

“Sentiasa dimurahkan rezeki sihat tubuh badan, bertambah berjaya dalam karier sayang dan berjaya di akhirat. Moga Allah kurniakan zuriat yang soleh dan solehah untuk kita, ya Allah perkenankanlah.

“Saya cintakan awak sangat isteri cinta hatiku dunia akhirat,” tulis Yusuf.

Untuk rekod, Yusuf dan Zizi selamat berkahwin pada 19 September 2021.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya