MFL 'tidak tidur', tentang isu gaji Liga M - Utusan Malaysia

MFL ‘tidak tidur’, tentang isu gaji Liga M

PEMAIN Melaka United masih menanti tunggakan gaji tiga bulan daripada pihak pengurusan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Sebagai langkah untuk mengatasi berlaku masalah tunggakan gaji musim depan, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengambil pendekatan untuk menganjak tiga bulan ke depan tarikh penyerahan dokumen bagi permohonan lesen kebangsaan bagi Liga Malaysia (Liga M).

Sebelum ini, semua pasukan perlu menghantar dokumen pada 30 Jun bagi mendapatkan lesen kebangsaan dan sepanjang tempoh itu tidak timbul masalah tunggakan gaji, sebaliknya isu berkenaan wujud selepas itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam berkata keputusan itu dibuat selepas perbincangan dilakukan bersama Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM).

Jelasnya, ramai pihak mempersoalkan kenapa beberapa pasukan yang berdepan masalah gaji masih diberikan lesen kebangsaan.

STUART RAMALINGAM

Hal ini kerana, First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjadikan rujukan dokumen yang diterima pada 30 Jun dan pasukan-pasukan itu berhak diberikan lesen kerana telah mematuhi segala syarat yang ditetapkan.

Tambahnya, tarikh berkenaan tidak boleh dianjakkan sehingga 30 November kerana pada 30 Oktober MFL perlu menyerahkan dokumen kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi mendapat lesen dengan badan induk bola sepak Asia tersebut.

“Dalam bidang kuasa badan perlesenan, tiada hak untuk tidak memberi pasukan lesen kerana mereka telah mematuhi segala dokumen yang diminta dalam tarikh yang ditetapkan sedangkan masalah gaji berlaku selepas itu.

“Namun untuk musim 2022 selepas berbincang dengan PFAM kita akan meminda peraturan dengan tarikh baharu permohonan perlesenan akan diubah kepada 30 September kerana pada 30 Oktober kita perlu menghantar segala dokumen pasukan kepada AFC bagi permohonan lesen AFC,” jelasnya baru-baru ini.

Musim lalu menyaksikan tiga pasukan yang berdepan masalah tunggakan gaji iaitu Melaka United, Sarawak United dan Perak FC.

Melaka dan Sarawak diberikan tempoh sehingga 31 Januari untuk menyelesaikannya masalah berkenaan atau bakal berdepan hukuman oleh MFL iaitu sekatan perpindahan pemain serta tolakan mata.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya