MBSA bersedia untuk fasa kedua kutipan sampah banjir - Utusan Malaysia

MBSA bersedia untuk fasa kedua kutipan sampah banjir

MOHD. Rashidi Ruslan (kanan) mendengar taklimat di stesen transit sampah banjir di Seksyen 21 di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bersedia untuk proses pembersihan dan kutipan sampah banjir fasa kedua bermula 10 hingga 20 Januari ini bagi memberi ruang kepada penduduk yang masih belum membersihkan rumah mereka.

Menurut Timbalan Datuk Bandar, Mohd. Rashidi Ruslan, selepas sesuatu kawasan dibersihkan pihaknya akan mengutip sampah banjir yang mungkin akan dibuang di tapak yang sama.

“Kita menyasarkan fasa satu kesemua sampah sedia ada telah dikutip dan akan memulakan fasa kedua untuk kutipan sampah banjir yang baru. Ada kemungkinan ada mangsa-mangsa banjir yang belum membuat kerja pembersihan rumah mereka.

“Sehubungan dengan itu kita telah menambah satu lagi pusat pemindahan atau transit di Seksyen 35 menjadikan pusat transit sampah menjadi tujuh,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat stesen pemindahan atau transit sampah banjir di Tamab Sri Muda, Seksyen 25 dan Seksyen 21.

Mohd. Rashidi berkata, sebelum ini stesen transit sampah banjir tersebut terdapat di Seksyen 21, 25, 34, 28 dan 29.

Mengulas mengenai jumlah sampah banjir yang dikutip di seluruh kawasan pentadbiran MBSA, beliau berkata, sebanyak 34,188 tan metrik telah dikutip.

“Bagi keseluruhan kawasan Seri Muda sahaja sebanyak 16,431 tan metrik dikutip setakat semalam yang bermula 21 Disember lalu,” katanya.

Katanya, untuk operasi pembersihan di Seri Muda sahaja seramai 1,640 pekerja pembersihan terlibat.

Mohd. Rashidi menambah, sebanyak 1,537 lori dan 317 jentera backhoe selain keperluan logistik melibatkan tong roro dan lain-lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN