Malaysia Airports sedia RM3.7 juta bantu 1,034 kakitangannya terjejas banjir - Utusan Malaysia

Malaysia Airports sedia RM3.7 juta bantu 1,034 kakitangannya terjejas banjir

SUKARELAWAN Malaysia Airports membantu membersihkan kediaman mangsa terjejas banjir baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini turut menjejaskan lebih 1,000 kakitangan Malaysia Airports Holdings Bhd. (Malaysia Airports) apabila kediaman masing-masing dinaiki air. 

Justeru, bagi meringankan beban warganya yang terjejas akibat bencana itu, Malaysia Airports menyediakan peruntukan sejumlah RM3.7 juta membabitkan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan harian. 

Pengarah Urusan Malaysia Airports, Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata, pihaknya memperuntukkan RM3 juta untuk diagihkan kepada kira-kira 1,034 kakitangannya yang terjejas dengan bencana itu. 

Beliau berkata, sejumlah RM700,000 diagihkan melalui program Zakat Wakalah kepada yang berkelayakan dan mangsa banjir yang berdepan pelbagai kesukaran. 

“Kami juga turut menyumbang dari segi barangan keperluan asas, misi menyelamat, penyediaan penempatan sementara dan pembersihan kediaman kakitangan terjejas.

“Sebaik sahaja dimaklumkan akan keadaan kakitangan kami yang terjejas, kami segera mengaktifkan inisiatif bantuan #MYAirportCARES berdasarkan  keperluan semasa mereka ketika itu,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Katanya, pihaknya turut membuka pusat pemindahan sementara (PPS) bertempat di Malaysia Airports Training Centre (MATC) selain mengaktifkan pasukan tindakan khas bagi menyelaras bantuan kepada kakitangan yang terjejas banjir. 

Iskandar berkata, inisiatif #MYAirportCARES ini juga turut mendapat sambutan dalam kalangan warga kerja lain telah menyahut dalam kerja-kerja membersihkan kediaman mangsa-mangsa banjir. 

Menurutnya, lebih 400 sukarelawan dari pelbagai peringkat termasuk pengurusan tertinggi turut berganding bahu menyumbangkan tenaga mereka untuk membersih sekitar 100 buah rumah mangsa banjir. 

“Antara kawasan terjejas teruk adalah di Labohan Dagang, Bukit Changgang, Bandar Sri Ehsan, Taman Langat dan Kampung Labu Lanjut di mana ramai kakitangan kami terlibat,” katanya. 

Katanya, pihaknya berharap agar bantuan tambahan wang tunai ini dapat meringankan lagi beban kakitangan terjejas banjir.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.