MAFI pergiat eksport sarang burung walet ke China - Utusan Malaysia

MAFI pergiat eksport sarang burung walet ke China

RONALD KIANDEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI)  terus menggiatkan usaha meningkatkan potensi eksport Sarang Burung Walet (SBW) ke China dalam masa terdekat. 

Ini berikutan permintaan yang sangat tinggi dan khasiat dari sarang burung ini membuatkan nilai pasarannya yang tinggi. 

Menterinya, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, sehingga tahun lalu, terdapat 16,731 premis rumah burung walet dan lima gua pengeluar SBW yang berdaftar iaitu Gua Gomantong dan Gua Madai di Sabah, Gua Silabur dan Gua Niah di Sarawak serta Gua di Pulau Dangli, Langkawi, Kedah. 

“Hasil pengeluaran SBW daripada gua adalah sebanyak 40 hinga 60 tan metrik setahun. Potensi SBW gua adalah tinggi kerana harga sarang burung walet mentah gua belum bersih (EBN-RUC) adalah sekitar RM8,000 satu kilogram (kg).

“SBW gua adalah satu produk premium hasilan negara yang belum diteroka pasaran eksportnya ke negara China yang merupakan negara pengguna SBW gua terbesar di dunia dengan permintaan sebanyak 80 Tan Metrik setahun.

“Ketika ini, SBW gua mentah belum bersih hanya dieksport ke Hong Kong, Taiwan dan Vietnam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Beliau berkata demikian selepas meninjau operasi di loji pemprosesan Sarang Burung Walet (SBW) Beho Birdnest Sdn Bhd., semalam. 

Beho Birdnest adalah antara pengusaha SBW yang bergiat aktif di Malaysia dan loji ini adalah antara yang berdaftar dengan pihak General Administration of Customs of People’s Republic of China (GACC) yang telah diberi kelulusan untuk mengeksport sarang burung walet bersih (EBN-RC) dan sarang burung walet belum bersih (EBNRUC) ke negara tersebut.

Mengulas lanjut, Ronald berkata, kepentingan untuk memasarkan SBW gua secara terus ke China adalah bagi memastikan produk hasilan negara dapat dipasarkan di pasaran utama. 

“Ia dapat dipasarkan dengan nilai sebenar yang boleh mencecah sehingga RM20,000 kg di China sekiranya ia dipasarkan dengan tahap kualiti yang dipastikan selamat dimakan serta mempunyai daya jejak,” ujarnya.

Jumlah eksport industri itu pada tahun 2020 adalah sebanyak 5,654 tan metrik bernilai RM1.2 billion. 

Eksport komoditi tersebut juga kekal kukuh di kala negara masih mengharungi penularan pandemik Covid-19. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya