Lelaki tempatan, wanita Vietnam ditahan bersama dadah RM63,785 - Utusan Malaysia

Lelaki tempatan, wanita Vietnam ditahan bersama dadah RM63,785

WANITA Vietnam yang ditahan kerana memiliki dadah bernilai lebih RM60,000 dalam serbuan di Johor Bahru, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Dua pengedar dadah terdiri daripada seorang lelaki tempatan dan wanita warganegara Vietnam ditahan bersama sejumlah dadah bernilai RM63,785 dalam dua operasi di bandar raya ini, semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSNJ) Johor, Superintenden R. Azizan Ibrahim berkata, kedua-dua suspek yang ditahan berusia 37 dan 31 tahun itu ditahan dalam serbuan yang dijalankan bermula pukul 7 malam.

“Dalam serbuan tersebut, polis turut merampas pelbagai jenis dadah termasuk 89.7 gram syabu, 64.9 gram ketamin, 623 gram serbuk ekstasi, 337 biji pil Eramin 5, 304 biji pil ekstasi dan 26 biji pil yaba. Nilai keseluruhan rampasan dadah adalah RM63,785. Selain itu, polis turut merampas sebuah kenderaan jenis Lexus bernilai RM43,000 dan wang tunai sebanyak RM550,” katanya di sini hari ini.

Tambah R. Azizan, jumlah nilai rampasan keseluruhan melibatkan dadah dan barangan adalah RM107,335.

Ujian saringan air kencing yang dibuat mendapati kedua-dua suspek positif penyalahgunaan dadah melibatkan pengambilan methamphetamine dan amphetamine, manakala suspek lelaki mempunyai rekod jenayah lampau. Modus operandi yang digunakan suspek adalah dengan menjadikan sebuah kediaman yang berpagar dan berpengawal sebagai lokasi menyimpan dadah dan telah beroperasi sejak tahun lalu,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN