Lelaki maut kereta Honda terputus dua selepas potong Myvi - Utusan Malaysia

Lelaki maut kereta Honda terputus dua selepas potong Myvi

KEADAAN sebuah kereta Honda Civic yang terputus dua selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Tengah (MRR2) Pandan Perdana menghala Cheras.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki maut selepas kereta Honda Civic dipandunya terputus dua dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Pandan Perdana menghala Cheras, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.40 pagi itu, kemalangan turut membabitkan sebuah lagi kenderaan iaitu Perodua Myvi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner, Mohamad Farouk Eshak berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu Honda Civic yang dalam perjalanan dari Pandan Indah ke Pandan Perdana tidak dapat mengawal kenderaannya selepas memotong sebuah Perodua Myvi.

“Ia menyebabkan pemandu Honda Civic hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan di lorong paling kanan.

“Akibat kemalangan, Honda Civic itu terputus dua dan pemandunya tercampak keluar dari kenderaannya. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyatan di sini hari ini.

Tambah Mohamad Farouk, pemandu Honda Civic berusia 33 tahun meninggal dunia disebabkan kecederaan teruk di kepala, manakala penumpangnya iaitu lelaki berusia 39 tahun cedera parah dan sedang menerima rawatan di Hospital Ampang.

“Pemandu Perodua Myvi iaitu lelaki berusia 36 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987 (Pindaan) 2020,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya