Lelaki ditemukan mati berikat di dalam rumah - Utusan Malaysia

Lelaki ditemukan mati berikat di dalam rumah

SEORANG lelaki ditemukan mati dalam keadaan berikat di rumah sewanya di Kampung Chenaga, Repah, Tampin petang tadi. - UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Rasa tidak sedap hati seorang isteri setelah panggilan telefon kepada suaminya tidak berjawab, membawa kepada penemuan mayat lelaki itu di rumah sewa mereka di Kampung Chenaga, Repah di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa berusia 26 tahun ditemukan dalam keadaan berikat dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Menurut rakan baik isteri mangsa, dia yang tinggal berhampiran bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan dari wanita itu.

“Semasa saya sampai di lokasi kejadian, anggota bomba telah membantu membuka pintu rumah yang masih dalam keadaan berkunci. Isterinya tiada kunci rumah kerana ia dipegang suaminya namun dia dapat lihat keadaan suaminya itu dari luar rumah tingkap bilik utama mereka.

“Isteri mangsa sudah hampir seminggu berada di kampungnya di Pulau Gadong, Melaka kerana tidak sihat dan mereka baharu sahaja menyambut hari lahir anak Sabtu lalu di sana. Suaminya pulang kembali ke rumah sewa mereka di sini,” katanya ketika ditemui di Kampung Chenaga, Repah, di sini hari ini.

Katanya, pasangan suami isteri berkenaan yang turut bersama-sama dengannya membuat kerja amal menerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sudah menyewa di lokasi tersebut kira-kira setahun lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab Wahab memberitahu, siasatan lanjut sedang dijalankan bahagian jenayah Ibu pejabat Polis (IPD) Tampin dan Bahagian Forensik Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.

Menurut beliau, berdasarkan siasatan awal pihaknya mengesyaki terdapat unsur jenayah dalam kematian tersebut berdasarkan keadaan mayat yang ditemukan dalam keadaan terikat.

“Kami percaya suspek merupakan individu yang dikenali mangsa berikutan tiada kesan pecah masuk ke dalam rumah sewa berkenaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban bagi proses bedah siasat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya