fbpx

Lelaki ditahan cuba seludup rokok 

SEORANG lelaki yang disyaki cuba menyeludup rokok ditahan bersama sejumlah kotak rokok tidak bercukai yang dirampas di Alor Setar semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang lelaki ditahan selepas cuba menyeludup sejumlah kotak rokok disyaki tidak bercukai dalam satu operasi di Jalan Datuk Kumbar di sini semalam.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, Asisten Komisioner Polis Shamsol Kassim berkata, lelaki berusia 33 tahun tersebut ditahan hasil maklumat Unit Risik Kuala Kedah dan Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dalam Op Khas sempena Tahun Baharu Cina.

Kata beliau, suspek ditahan ketika sedang memandu sebuah kenderaan jenis Toyota Camry di jalan tersebut pada pukul 3 petang.

“Pemeriksaan ke atas kenderaan terbabit telah menemukan sebanyak tujuh peti dan 43 karton rokok disyaki tidak bercukai dan kesemuanya termasuk kenderaan telah dirampas bagi tujuan siasatan.

“Nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM125,318 dan kita percaya bekalan rokok tersebut untuk pasaran sekitar daerah Kota Setar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, suspek dan hasil rampasan telah dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk siasatan lanjur.

“Siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 135(1)(b) Akta Kastam 1967,” ujarnya. – UTUSAN

POPULAR

KOSMO! TERKINI