Lelaki diselamatkan, cuba bunuh diri di Jambatan Besar - Utusan Malaysia

Lelaki diselamatkan, cuba bunuh diri di Jambatan Besar

MANGSA tidak sedarkan diri dibawa ke Hospital Tanjung Karang dengan menaiki ambulans selepas dipercayai cuba terjun dari Jambatan Besar Kuala Selangor, Selangor malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Seorang lelaki ditemukan tidak sedarkan diri selepas dipercayai cuba membunuh diri di Jambatan Besar Kuala Selangor di sini, malam tadi.

Mangsa berusia 40 tahun itu terbaring di bahu jalan selepas berjaya diselamatkan polis dalam tempoh 30 minit.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.39 malam.

Katanya, operasi itu disertai sepasukan enam pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor.

“Pemeriksaan mendapati seorang lelaki mangsa yang berpakaian lengkap sedang terbaring di jambatan itu dan tidak sedarkan diri.

“Mangsa sebelum itu dipercayai mahu terjun ke sungai namun diselamatkan anggota polis yang memujuknya dalam tempoh kira-kira 30 minit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas Norazam, pihaknya yang turut disertai van utiliti bertindak memberi rawatan awal kepada mangsa.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pegawai perubatan untuk dibawa ke Hospital Tanjong Karang. Punca mangsa bertindak cuba membunuh diri tidak diketahui,” jelasnya.

Tambah beliau, operasi itu tamat sepenuhnya pukul 12.14 tengah malam tadi dan jarak lokasi kejadian kira-kira enam kilometer (km) dari BBP Kuala Selangor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya