Lebih tiga hari maut di ruang tamu - Utusan Malaysia

Lebih tiga hari maut di ruang tamu

MAYAT Ahmad Zainoor Ahmad ditemukan di ruang tamu rumahnya di Kampung Lebak, Kuala Berang di Hulu Terengganu. - UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Seorang lelaki dipercayai meninggal dunia lebih tiga hari di ruang tamu rumahnya di Kampung Lebak, Kuala Berang di sini, semalam.

Mayat Ahmad Zainoor Ahmad, 42, ditemukan kakaknya, Salmi Ahmad, 58, kira-kira pukul 6.40 petang selepas curiga dengan kehilangan adiknya dalam tempoh tersebut.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Adli Mat Daud berkata, berdasarkan maklumat waris, mangsa dikatakan menghidap penyakit buah pinggang dan batu karang di samping belum menerima sebarang suntikan vaksin Covid-19.

“Kematian mangsa disahkan penolong pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Kuala Berang pada pukul 8.35 malam.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan negatif Covid-19 dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN