Laporan portal mengenai Ismail Sabri dianggap tidak beretika - Utusan Malaysia

Laporan portal mengenai Ismail Sabri dianggap tidak beretika

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Mohammad Anuar Mohd. Yunus, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat laporan polis terhadap tiga portal berhubung laporan berunsur fitnah dan palsu.

Laporan itu dibuat di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira pukul 2 petang tadi.

Mohammad Anuar berkata, tindakan tiga portal tempatan yang dipercayai melaporkan berita palsu dan mencemarkan nama baik Perdana Menteri dianggap tidak beretika dan mengganggu ketenteraman awam.

Kata beliau, pada mulanya pihaknya telah mengesan tiga pautan laporan berita terbabit masing-masing bertajuk ‘Ismail Sabri bimbang jadi PM paling singkat, rayu jangan tarik sokongan‘, ‘Ismail rayu jangan tarik sokongan bimbang jadi PM paling singkat dari Muhyiddin‘ dan ‘Ismail Sabri bimbang jadi PM paling singkat‘.

MOHAMMAD Anuar Mohd. Yunus ketika hadir membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur.

“Laporan polis telah dibuat berhubung ketiga-tiga laporan berita itu yang mengandungi kenyataan palsu dan fitnah berkaitan kenyataan Perdana Menteri.

“Ketiga-tiga portal ini dengan sengaja dan tidak beretika membuat laporan yang salah dengan niat jahat serta mencemarkan nama baik Perdana Menteri.

“Menyebarkan kenyataan itu juga menimbulkan kegusaran di kalangan rakyat,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lebih lanjut, kata Mohammad Anuar, kenyataan terbabit telah dimanipulasikan oleh ketiga-tiga portal itu daripada kenyataan sebenar Perdana Menteri kepada pemberita dalam satu majlis di Bera, Pahang pada Sabtu lalu.

Katanya, malah sidang media ketika itu juga tidak dihadiri daripada ketiga-tiga portal berkenaan.

“Laporan polis ini dibuat supaya pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan ke atas portal tersebut yang memutar belit dan menyebarkan berita hingga menjatuhkan kredibiliti Perdana Menteri,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya