Kuantan terima jumlah hujan tertinggi pada Disember 2021  - Utusan Malaysia

Kuantan terima jumlah hujan tertinggi pada Disember 2021 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Daerah Kuantan di Pahang menerima jumlah taburan hujan bulanan tertinggi pada Disember lalu iaitu dengan 1035.2 milimiter (mm) manakala Butterworth, Pulau Pinang pula mencatatkan suhu maksimum tertinggi iaitu dengan 36.4 darjah Celsius pada 12 Disember. 

Menerusi perkongsian Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) di laman Faecbooknya, selain Kuantan, Sandakan di Sabah dan Sibu di Sarawak antara yang menerima jumlah hujan tertinggi pada bulan itu dengan masing-masing menerima 588.8mm dan 398.4mm. 

Pulau Langkawi, Kedah  pula merekodkan jumlah hujan bulanan terendah dengan 43.2 mm diikuti Keningau, Sabah dengan 87.6 mm dan Miri, Sarawak dengan 226.8 mm. 

Bagi suhu maksimum tertinggi pada bulan itu pula, selepas Butterworth, kawasan lain diikuti Sandakan, Sabah yang merekodkan 33.7 darjah Celcius pada 18 Disember lepas dan Mulu, Sarawak dengan 34.9 darjah Celcius pada 14 Disember lepas. 

Seterusnya, empat kawasan mencatatkan suhu minimum terendah pada bulan itu iaitu Alor Setar, Kedah (21.4 darjah Celcius pada 6 Disember(, Kuantan, Pahang (21.4 darjah Celcius pada 20 Disember), Keningau, Sabah (20.1 darjah Celcius pada 1 Disember) dan Mulu, Sarawak (21.7 darjah Celcius pada 7 Disember). – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya