Kereta api sudah berhenti ambil pelajar di Kuala Gris - Utusan Malaysia

Kereta api sudah berhenti ambil pelajar di Kuala Gris

PELAJAR SMK Dabong dari Kampung Kuala Gris memenaiki kereta api di Hentian Kuala Gris, Kuala Krai, Kelantan pagi ini. - UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Kira-kira 100 pelajar dari Kampung Kuala Gris di sini, akhirnya dapat kembali semula ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong apabila kereta api singgah di Hentian Kuala Gris untuk mengambil penumpang pagi ini.

Keterujaan jelas terpancar di wajah mereka yang bersemangat mahu mengikuti sesi persekolahan secara bersemuka selepas Kelantan beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Seorang pelajar Nur Shaza Qistina Saberi, 15, berkata, dia tetap setia menggunakan perkhidmatan tersebut untuk ke SMK Dabong sejak di Tingkatan Satu, biarpun kereta api tidak berhenti mengambil mereka, semalam.

“Semalam saya bernasib baik dapat menumpang kereta keluarga seorang rakan tetapi kami tiba lewat di sekolah iaitu kira-kira pukul 8 pagi. 

“Walaupun agak lewat, guru memahami masalah yang kami hadapi,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ketika tinjauan media, kereta api yang berlepas dari Tumpat itu tiba di Hentian Kuala Gris pada pukul 7.07 pagi.

Ketua Pegawai Operasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd. Zain Mat Taha dan Ketua Kawalan Operasi KTMB, Afzar Zakariya turut turun padang meninjau operasi tren sambik beramah mesra dengan pelajar.

Terdahulu akhbar ini melaporkan, sesi persekolahan secara bersemuka bagi kira-kira 100 pelajar dari Kampung Kuala Gris terbantut selepas kereta api tidak berhenti seperti biasa di Hentian Kuala Gris.

Kereta api merupakan pengangkutan utama penduduk di situ dan kejadian itu menyebabkan para pelajar SMK Dabong terbabit terpaksa pulang ke rumah semula dengan hampa. Jarak dari kampung itu ke SMK Dabong kira-kira 14 kilometer.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.