Kenyataan 'Selamat tinggal': Setiausaha politik Kit Siang mohon maaf pada Najib - Utusan Malaysia

Kenyataan ‘Selamat tinggal’: Setiausaha politik Kit Siang mohon maaf pada Najib

SYAHREDZAN JOHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syahredzan Johan yang merupakan Setiausaha Politik kepada veteran DAP, Lim Kit Siang mengakui kesilapannya kerana memberi komen terhadap hantaran berbaur fitnah mengenai kesihatan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dia memberi komen tersebut pada hantaran seorang individu yang merupakan pembantu Dr. Mahathir, dikenali sebagai Adam Mukhriz Mohd. Muhayeddin mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengeluarkan kenyataan buruk berhubung tahap kesihatan Dr. Mahathir.

“Saya memberi komen di situ. Saya telah memadam komen berkenaan dan memohon maaf kepada anda (Najib) kerana menyangkakan perkara itu (hantaran jelik terhadap kesihatan Dr. Mahathir) adalah betul (dibuat di Facebook Najib),” kata dalam ciapan di Twitter hari ini.

Semalam, Najib memberi amaran untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad dan Adam Mukhriz selepas dituduh menulis ‘selamat jalan’ di media sosial ketika Dr. Mahathir sedang mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) untuk kali ketiga bulan ini.

Saman tersebut akan dikemukakan ekoran dua individu berkenaan didakwa gagal memohon maaf terhadap Ahli Parlimen Pekan itu.

Hal itu selepas kedua-dua mereka memuat naik tangkap layar yang dikaitkan dengan Facebook Najib berhubung kenyataan ‘selamat jalan’.

Bagaimanapun, Noor Amin sudah memohon maaf kepada Najib kerana berkongsi hantaran berkenaan dan mengakui kesilapan setelah dibuktikan status tersebut tidak benar.

Semakan Utusan Malaysia di Twitter pembantu Mahathir itu juga mendapati Adam telah memadam ciapan berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN