Ke mana Kelantan belanjakan wang ihsan terkumpul RM800 juta? - Utusan Malaysia

Ke mana Kelantan belanjakan wang ihsan terkumpul RM800 juta?

HAZMI HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan digesa bersikap telus dan mengumumkan kepada rakyat bagaimana wang ihsan petroleum terkumpul sebanyak RM800 juta disalurkan Kerajaan Persekutuan untuk negeri ini dibelanjakan.

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) negeri, Hazmi Hassan berkata, pada Disember 2019, Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri telah meluluskan pemberian wang ‘one-off’ RM400 juta kepada Kelantan.

Terkini katanya, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pula memberitahu, sebanyak RM200 juta telah diberikan kepada Kelantan bagi 2020 dan sekali lagi RM200 juta bagi tahun lalu.

“Jumlah duit ‘percuma’ tanpa melibatkan kerja keras Pas yang menguasai Kerajaan Kelantan sudah terkumpul sebanyak RM800 juta, pastinya bukan untuk kegunaan peribadi para pimpinan parti.

“Tetapi ke mana, apa butiran serta perincian penggunaan selepas wang tersebut diperuntukkan? Hutan semakin musnah, air kekal ‘beronar’, peluang pekerjaan terus merudum dan harga barang mencanak naik.

“Adakah Pas Kelantan anggap wang ihsan adalah aurat sehingga perlu disembunyi daripada rakyat? Apa perancangan RM400 juta yang baru disalurkan dan apa sudah jadi pada RM400 juta yang lepas?” Soalnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hazmi dalam pada itu berkata, kerajaan negeri perlu memanfaatkan wang tersebut untuk menambah baik infrastruktur dan membantu anak muda serta peniaga yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“RM800 juta itu juga adalah hasil perjuangan rakyat Kelantan dan tidak adil bila mana kerajaan dapat peruntukan tersebut tetapi suara dan pendapat rakyat yang bersama berjuang dalam hal ini diketepikan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya