Kanak-kanak 12 tahun tunggang motosikal maut - Utusan Malaysia

Kanak-kanak 12 tahun tunggang motosikal maut

KEADAAN motosikal ditunggang seorang kanak-kanak yang maut selepas bertembung dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi di Kilometer 99 Jalan Batu Pahat-Mersing, Kluang, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan Perodua Myvi di Kilometer 99 Jalan Batu Pahat-Mersing, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7.40 petang itu, mangsa  dipercayai cuba melintas ke arah simpang Jalan Pinggir Jaya, Kampung Seri Lukut, Kahang.

Katanya, bagaimanapun percubaan itu gagal apabila motosikal Honda EX5 ditunggangnya dilanggar sebuah Perodua Myvi dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 27 tahun.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta dari arah Mersing menghala ke Kluang tidak sempat mengelak dan  melanggar bahagian hadapan sebelah kanan  motosikal ditunggang kanak-kanak itu.

“Kemalangan itu menyebabkan kereta tersebut termasuk ke laluan bertentangan dan penunggang motosikal mengalami kecederaan parah sebelum meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN