Jumpa bayi: Empat individu diambil keterangan - Utusan Malaysia

Jumpa bayi: Empat individu diambil keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis setakat ini mengambil keterangan empat individu bagi membantu siasatan berkaitan penemuan mayat bayi perempuan di Blok A Flat Danau Kota, Setapak dekat sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, kesemua saksi tersebut diambil keterangan bagi membantu siasatan.

“Bagaimanapun, setakat ini, belum ada tangkapan dan siasatan masih diteruskan. Kita juga sedang menunggu laporan kimia dan bedah siasat mayat bayi itu bagi mengetahui punca kematiannya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada 8 Januari lalu, media melaporkan mayat bayi perempuan ditemukan keadaan tertiarap di tepi plastik sampah hitam di atas kawasan berumput pada pukul 8 pagi.

Siasatan awal polis mendapati, bayi perempuan masih bertali pusat itu dipercayai berusia sehari dan mayat dibawa ke unit forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat dengan sulit.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN