Hospital swasta perlu tingkatkan kualiti perkhidmatan

Hospital swasta perlu tingkatkan kualiti perkhidmatan

HASNI Mohammad (kanan) beramah mesra dengan pembantu perubatan, Nur Farah Nabilah Ramli ketika mengadakan lawatan di Hospital Gleneagles Medini, Iskandar Puteri, Johor. - FOTO/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri terus komited untuk memperkasa sektor pelancongan kesihatan di Johor walaupun menghadapi tempoh mencabar akibat pandemik Covid-19 sejak dua tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, sektor pelancongan merupakan antara penyumbang utama kepada ekonomi Johor dan pelancongan kesihatan mempunyai potensi besar.

“Pelancongan kesihatan merupakan salah satu daripada sektor penting yang menyumbang kepada ekonomi negeri, dan Johor mempunyai kelebihan iaitu kedudukannya yang strategik.

“Lokasi yang strategik menyebabkan Johor menjadi destinasi pelaburan pengusaha hospital swasta, selain sektor pelancongan lain seperti pelbagai jenama hotel dan taman tema,” katanya ketika mengadakan lawatan kerja ke Hospital Gleneagles Medini Johor, di sini.

Sehubungan itu, Hasni meminta pengusaha hospital swasta di negeri itu untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka dan juga aspek pemasaran dalam mendapatkan pelanggan antarabangsa, khususnya daripada rantau Asia Tenggara.

Dalam pada itu, beliau turut meminta kerajaan Pusat menambah pelaburan negara dalam sektor kesihatan bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kesihatan awam di negara ini.

“Ketika ini, Malaysia melaburkan sekitar 4.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk sektor kesihatan awam, kurang berbanding negara-negara rantau Asia Tenggara lain. Contohnya, Kemboja memperuntukkan 6.6 peratus daripada KDNK mereka untuk tujuan itu, manakala Vietnam (5.9 peratus) dan Myanmar (4.8 peratus),” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Gleneagles, Dr. Kamal Amzan berkata, keputusan memperkenalkan unit perubatan nuklear di hospital berkenaan adalah untuk memenuhi keperluan semasa di Johor memandangkan terdapat peratusan tinggi pesakit kanser.

“Pesakit kanser tidak perlu menunggu lama atau berkunjung ke hospital di Lembah Klang untuk mendapatkan rawatan mereka. Saya juga yakin pengenalan unit ini akan turut meningkatkan perkhidmatan kesihatan di Johor sebagai sokongan kepada hospital kerajaan sedia ada,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya