Himpun #TangkapAzamBaki jadi atau tidak, diketahui 9 malam ini - Utusan Malaysia

Himpun #TangkapAzamBaki jadi atau tidak, diketahui 9 malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keputusan sama ada himpunan demonstrasi jalan raya bagi mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki diteruskan atau sebaliknya dijangka diketahui pukul 9 malam ini. 

Perkara itu dimaklumkan Jawatankuasa Bertindak Tangkap Azam Baki dalam satu hantaran di laman rasmi Twitternya hari ini. 

“Kami ambil maklum Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menutup enam jalan dan 25 stesen tren mulai pukul 7 pagi esok bagi menghalang (himpunan) #TangkapAzamBaki di tiga lokasi, iaitu Dataran Merdeka, Sogo, dan Masjid Jamek. Nampaknya kena berjoging. 

“Nantikan pengumuman kami pukul 9 malam nanti,” jelasnya. 

Terdahulu, demonstrasi aman itu dijadual diadakan pada pukul 11 pagi di hadapan pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur, esok.

Bagaimanapun, media melaporkan, satu perintah mahkamah diperoleh PDRM semalam bagi menghalang mana-mana pihak mengadakan perhimpunan di tiga lokasi di ibu negara bermula esok. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, tiga lokasi dilarang berhimpun iaitu Dataran Merdeka, Sogo dan Masjid Jamek dan larangan itu berkuat kuasa  tujuh hari  sehingga Jumaat ini. 

“Justeru, orang ramai dinasihatkan tidak menyertai sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang yang sedang berkuat kuasa demi menjaga ketenteraman awam. 

“Tindakan tegas termasuk kompaun akan dikenakan terhadap mereka yang didapati melanggar perintah berkenaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN