Henti sebar gambar, video banjir lama di Kota Tinggi - Utusan Malaysia

Henti sebar gambar, video banjir lama di Kota Tinggi

TANGKAP layar gambar serta video banjir lama yang berjaya dikesan pihak polis selepas ditularkan kembali baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menularkan semula gambar dan video kejadian banjir yang berlaku sebelum ini bagi mengelak kekeliruan dan menimbulkan kegusaran masyarakat.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, ia berikutan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi telah mengesan penularan gambar dan video kejadian banjir yang berlaku pada 2021.

Katanya, gambar dan video berkenaan ditularkan baru-baru ini melalui aplikasi WhatsApp serta Facebook seolah-olah kejadian itu baru berlaku pada bulan ini.

“Kesalahan kepada mana-mana individu yang memuat naik kandungan di dalam media sosial, mereka boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menularkan kandungan berita yang tidak sahih.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Antara dikesan gambar serta video menyatakan penutupan Jalan Kluang-Bandar Tenggara di mana selepas pemantauan polis di lokasi kejadian tiada kejadian banjir berlaku dan ia merupakan gambar lama.

Sementara itu dalam perkembangan banjir, Hussin berkata, situasi bencana di daerah terbabit merekodkan trend pemulihan apabila ketiga-tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka sudah ditutup.

“Hari ini, semua PPS di Kota Tinggi iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Mawai, SK Telok Ramunia, Pengerang telah ditutup selepas melihat kepada keadaan banjir yang semakin pulih.

“Satu lagi PPS iaitu di SK Semanggar Dalam telah ditutup semalam. Kesemua PPS ini menempatkan seramai 123 mangsa yang terjejas,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN