Hasni 'poster-man', BN menang PRN Johor - MIC

Hasni ‘poster-man’, BN menang PRN Johor – MIC

S. A. VIGNESWARAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: MIC menyarankan agar Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad dilantik secara rasmi sebagai ‘poster boy’ bagi gabungan parti itu berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan datang ini.

Presidennya, Tan Sri S. A. Vigneswaran berkata, pemilihan Menteri Besar Johor itu diyakini akan membolehkan BN menang besar dalam pilihan raya itu.

“Walaupun lebih sesuai untuk kita menggelarkan beliau sebagai ‘poster man’, tetapi dia memang layak untuk teraju BN Johor.

“Dengan pemilihan Hasni sebagai ‘wajah’ BN, MIC yakin 100 peratus BN boleh menang dalam PRN Johor ini,” katanya ketika berucap pada Program Perasmian Penutup Program Taklimat Pilihan Raya MIC Johor di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, di sini semalam.

Hadir menyempurnakan majlis tersebut, Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad yang juga merupakan Pengerusi BN Johor. Turut hadir, Pengerusi MIC Johor, R. Vidyananthan.

Tambah Vigneswaran lagi, hanya BN merupakan gabungan parti politik di negeri ini yang mampu memberi kestabilan ekonomi dan sosial kepada rakyat negara dan negeri ini.

“Selama 22 bulan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH), apakah yang telah mereka lakukan kepada rakyat Malaysia, khususnya masyarakat India di negara ini,” soalnya.

Kelmarin, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor selepas menerima mengadap Menteri Besar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN