Hanya kerana RM50, Kris Dayanti didenda RM80 - Utusan Malaysia

Hanya kerana RM50, Kris Dayanti didenda RM80

TERTUDUH, Kris Dayanti didenda RM80 oleh Mahkamah Majistret Kuala Kangsar hari ini selepas didapati bersalah kerana gagal memberi keterangan memuaskan berhubung pemilikan wang berjumlah RM50 di dalam akaun bank miliknya. - UTUSAN/ASLIZA MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Seorang pekerja kilang warga Indonesia didenda RM80 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan gagal memberi keterangan memuaskan berhubung pemilikan wang berjumlah RM50 di dalam akaun bank miliknya, Julai lalu.

Majistret Mohd. Shazmeer Zamhari menjatuhkan hukuman itu terhadap Kris Dayanti, 22, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Kris Dayanti juga berdepan hukuman penjara 10 hari jika gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, wanita terbabit didakwa kerana didapati di dalam akaun Maybank miliknya wang berjumlah RM50 di mana dia tidak dapat memberi keterangan memuaskan berhubung pemilikan wang tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank Kuala Kangsar pada pukul 4.15 petang, 27 Julai lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Syuhada Muhammad Lutfi mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan telah beberapa kali disiasat bagi kes sama yang bersangkut dengan penggunaan akaun bank miliknya.

Mengikut fakta kes, polis menerima laporan daripada seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang mendakwa diugut dan dipaksa membayar sejumlah wang jika tidak mahu video bogelnya tersebar oleh wanita yang baharu dikenali menerusi aplikasi MiChat.

Mangsa berkenalan dengan wanita itu pada pukul 3 pagi, 27 Julai lalu sebelum berhubung menggunakan panggilan video melalui aplikasi WhatsApp.

Remaja itu yang takut dengan ugutan berkenaan telah membuat pindahan wang berjumlah RM50 ke dalam akaun bank wanita terbabit pada pukul 4 petang hari yang sama sebelum dipaksa lagi membuat pindahan wang berjumlah RM500. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya